SEREMBAN: Selepas dua kali gagal hadir membuat pengesahan nikah dengan bekas isteri kedua yang dilangsungkan pada 27 Julai lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang akhirnya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis.
Bekas isteri Noor Azmi Yusof, Norhaya Ramli, 50, ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan bahawa bekas suaminya itu mengaku kepada hakim bahawa pernikahan mereka telah dilangsungkan pada 27 Julai lalu di sebuah hotel di Seremban.
"Saya lega kerana dia akhirnya hadir selepas cuba mengelak beberapa kali.
"Saya hanya mahu kerjasama daripadanya saja untuk mengesahkan pernikahan kami.
"Lagipun dia telah ceraikan saya melalui WhatsApp pada 17 Ogos lalu," katanya.
Dalam masa sama, Norhaya berharap bekas suaminya itu terus memberi kerjasama untuk hadir pada 22 Januari depan bagi keputusan pengesahan nikah mereka.
Terdahulu, hakim Ruzita Ramli mempersoalkan peguam Asmawi Ismail yang mewakili Noor Azmi berikutan tiada kelibat anak guamnya pada prosiding berlangsung pada pagi Khamis.
Asmawi sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya baru pulang dari menunaikan umrah.
Ruzita terpaksa menangguhkan prosiding kira-kira 15 minit menegaskan mahu responden hadir tanpa sebarang alasan bagi membolehkan kes itu dijalankan.
"Saya dah arahkan waran tangkapkan. Hari ini perlu hadir. Saya dah arahkan hadir, perlu hadir.
"Saya tidak mahu dengar alasan. Jadi dia hadir atau tidak?
"Kenapa peguam tidak pastikan dia hadir bersama-sama peguam?" katanya.
Beliau turut menegaskan mahu prosiding kes itu berlangsung hari ini dan tidak ditangguhkan lagi kerana ia membuang masa mahkamah dan pihak-pihak lain.
Asmawi kemudiannya memberitahu mahkamah anak guamnya hadir, namun meminta prosiding ditangguhkan 15 minit.
Sementara itu, pada prosiding yang bersambung jam 11 pagi, Noor Azmi meminta mahkamah menjalankan kes itu secara tertutup. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023
Norhaya (kiri) dan Noor Azmi ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
AWANI Ringkas: Suntikan HPV 719,236 pelajar perempuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [21/05/2024] – Penyelidikan FICO | Bayi berusia 11 bulan | Bakal dibentangkan di Parlimen | 57,991 unit pada April 2024
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Mahkamah Syariah keluar waran tangkap terhadap bekas ADUN
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada Isnin mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas ADUN Pertang kerana gagal hadir ke mahkamah untuk pengesahan nikahnya bersama bekas isteri.